Fungsi Dan Peranan Kelab Sri Perdana

FAKTA PENUBUHAN KELAB SRI PERDANA

  • Kelab ini telah ditubuhkan pada awal tahun 2004
  • Telah diluluskan pendaftaran oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri Pahang pada 21 Jun 2004
  • Keahlian awal kelab ini bermula dengan 15 orang ahli sahaja
  • Kini keahlian Kelab Kebudayaan Dan Kesenian Sri Perdana ialah seramai 55 orang yang terdiri daripada remaja, belia dan dewasa di sekitar daerah Kuantan
  • Nama kelab ini diambil sempena nama kediaman rasmi YAB Perdana Menteri Malaysia

IDEA PENUBUHAN KELAB SRI PERDANA

  • Kelab ini telah diasaskan oleh saudara Mohd Feizul Bin Abllah
  • Semasa itu, beliau adalah merupakan Pengerusi Persatuan Belia Kempadang Perdana dan AJK Sekretariat Rakan Muda Daerah Kuantan
  • Atas minat dan pengalaman beliau dalam bidang seni Mohd Feizul Bin Abllah telah mencadangkan kepada rakan-rakan untuk menubuhkan sebuah lagi persatuan yang lebih menekankan kepada aspek pembangunan kebudayaan, kesenian dan warisan
  • Oleh yang demikian, satu mesyuarat penubuhan telah diadakan di Pusat Pertumbuhan Kanak-Kanak, Jabatan Kemajuan Masyarakat Negeri Pahang, Kempadang Perdana dan ianya mendapat sokongan penuh daripada Pengarah Kebudayaan Negeri ketika itu
  • Satu memorandum beserta maklumat berkaitan penubuhan kelab ini telah dihantar ke Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri Pahang untuk kelulusan pihak berkenaan selanjutnya

MATLAMAT DAN OBJEKTIF PENUBUHAN

  • Membantu mengembangkan seni budaya dan warisan kepada golongan remaja dan masyarakat
  • Merakyatkan seni budaya dan warisan ke peringkat akar umbi
  • Mengembalikan kegemilangan seni tarian tradisional dan etnik
  • Membantu pihak kerajaan dalam menangani masalah sosial
  • Memupuk semangat cintakan seni budaya dan warisan di kalangan remaja dan masyarakat
  • Memberi bimbingan dan galakan yang berterusan kepada remaja dalam industri budaya
  • Membantu melahirkan sumber tenaga kerja yang berkualiti dan berdisplin

JAWATANKUASA KELAB SRI PERDANA

  • Kelab ini mempunyai 11 orang Jawatankuasa
  • Mengadakan mesyuarat bulanan di Studio Tari Sri Perdana
  • Mempunyai peranan dan tanggungjawab dalam memikul amanah yang telah diberikan oleh ahli-ahli
  • Pemilihan bagi setiap Jawatankuasa dibuat setahun sekali
  • Berperanan dalam membuat setiap keputusan serta dasar berkaitan kelab ini

CABANG KESENIAN KELAB SRI PERDANA

  • Tarian
  • Muzik Kompang
  • Silat

KERJASAMA DENGAN AGENSI KERAJAAN

  • Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negeri Pahang
  • Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Pahang
  • Jabatan Kesihatan Negeri Pahang
  • Jabatan Pembangunan Wanita
  • Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara
  • Majlis Kebudayaan Negeri Pahang
  • NGO-NGO Sekitar Daerah Kuantan

PENAUNG KELAB SRI PERDANA

  • YB. Yang DiPertua Dewan Undangan Negeri Pahang
  • YB. ADUN Tanjung Lumpur

KERJASAMA DENGAN AGENSI DI BAWAH KPKK

  • Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara
  • Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan
  • Jabatan Warisan Negara
  • Muzium Negara Malaysia

KEAHLIAN KELAB SRI PERDANA

  • Terbuka kepada mereka yang tinggal di dalam daerah Kuantan
  • Berumur 15 – 50 tahun ke bawah
  • Minat dalam bidang seni budaya dan warisan
  • Yuran keahlian yang dikenakan ialah sebanyak RM 10.00 sahaja
  • Yuran tahunan pula ialah sebanyak RM 20.00 sahaja

AKTIVITI TAHUNAN KELAB SRI PERDANA

  • Majlis Perasmian Malam Jalinan Mesra Sri Perdana
  • Persembahan Kebudayaan Sempena Hari Kemerdekaan
  • Persembahan Kebudayaan Sempena Fiesta Media Idola
  • Persembahan Citrawarna Malaysia Peringkat Kebangsaan

PROGRAM BULANAN KELAB SRI PERDANA

  • Perkelahan bulanan ahli-ahli Kelab Sri Perdana
  • Majlis kesyukuran dan doa selamat Kelab Sri Perdana
  • Persembahan kebudayaan di kompleks membeli-belah dan hotel hotel sekitar daerah Kuantan
  • Persembahan muzik kompang di majlis-majlis perkahwinan sekitar daerah Kuantan
  • Kelas tarian mingguan di Studio Tari Sri Perdana
  • Bengkel seni tari serta seminar anjuran pihak kelab

BENGKEL ASAS TARI SRI PERDANA

PENGISIAN PROGRAM

  • Ceramah berkaitan dengan sejarah tarian
  • Praktikal tarian tradisional dan etnik
  • Latihan dalam kumpulan ( LDK )
  • Persembahan kebudayaan
  • Senam Seni Malaysia

OBJEKTIF PROGRAM

  • Memperkenalkan asas seni tari kepada generasi muda
  • Memulihara seni tari sebagai warisan bangsa
  • Menggalakkan generasi muda memahami dan mengenali gerak asas tari bagi melahirkan lebih ramai penari berilmu
  • Mengembangkan seni budaya dan warisan kepada golongan remaja dan masyarakat
  • Merakyatkan seni budaya dan warisan ke peringkat akar umbi
  • Mengembalikan kegemilangan seni tarian tradisional dan etnik
  • Memupuk semangat cintakan seni budaya dan warisan di kalangan remaja dan masyarakat
  • Memberi bimbingan dan galakan yang berterusan kepada remaja dalam industri budaya
  • Melahirkan sumber tenaga kerja yang berkualiti dan berdisplin
  • Membantu pihak Kerajaan dalam menangani masalah sosial